Make your own free website on Tripod.com

Parit Kassan Wak Jaman Belajar Jawa Bersama Wak JamanWak Jaman Bandar Maharani Muar

{RAIE}{NGOBROL SITIK}{KAMOS JOWO}{WILANG}{JADUMAN}{WAK JAMAN}{BERAYAN}{TELLEK THOLOR}

Wak Jaman Wak Jaman @ Adi Sabariman Wau Alif Kof Jim Alif Mim Nun

Jalur Gemilang  Kembang Ijo Kembang Ijo Jalur Gemilang

atau adalah nama pena kepada Hai Rozzaman Jalal, yang dilahirkan pada awal Februari 1968 di Kampung Parit Kassan, Bukit Gambir, Muar, Johor Darul Takzim. Meminati bidang penulisan seperti sajak, rencana dan berita. Selain nama Adi Sabariman, Namaz ZH dan Khairun Haneffa juga digunakan dalam bidang penulisan. Minat dalam bidang penulisan timbul sejak di bangku sekolah lagi iaitu sekitar tahun 1985 tahun SPM di mana keinginannya agar karyanya tercetak di akhbar begitu tinggi atas prinsip 'jika orang lain boleh menulis lantas tulisannya tersiar di akhbar kenapa aku tidak boleh!' Berlandaskan keyakinan itu karya sulung dihasilkan dan disiarkan dalam Tunas SMBG 17 Mac 1985, Surat Berita yang dihasilkan oleh sekolahnya bertajuk "Penyalahgunaan Dadah Dan Kesannya Terhadap Masyarakat" dan bermula dari sentuhan pertama itulah minatnya terus disemai dan dipupuk dengan mencuba menghasilkan sajak, coretan rasa dan alhamdulillah karyanya mendapat tempat penyiaran di akhbar dan radio. Kemudian apabila akhbar Berita Minggu mengadakan ruangan 'Gedung Ilmu' pimpinan Pak Matlob, cuma dua buah karyanya sempat mendapat tempat kerana selepas karya itu tersiar, ruangan 'Gedung Ilmu' dihentikan. Pak Matlob kemudian memimpin pula Ruangan Pembaca Muda di akhbar Utusan Melayu dan Utusan Zaman. Di atas bimbingan dan dorongannya penulis terus menghasilkan tulisan-tulisannya dan akhbar itu telah banyak memberi ruang dan peluang kepada penulis muda sepertinya. Penulis amat berterima kasih dan menyanjung segala bimbingan Pak Matlob. Di akhbar Utusan Melayu jugalah penulis dapat menikmati wang saguhati hasil dari karya yang tersiar. Akhbar Utusan Melayu merupakan akhbar yang telah memartabatkan tulisan JAWI di kalangan generasi muda agar tulisan warisan bangsa Melayu itu tidak pupus ditelan arus kemodenan. Penulis telah menganggotai Persatuan Penulis Johor (PPJ) dan Perkumpulan Penulis Dan Peminat Bahasa Muar (PPPBM). Pernah mendapat hadiah saguhati untuk dua buah sajak 'Pengharapan Dalam Sengsara' dan 'Rindu Seorang Penganggur' dalam sayembara Gerimis Senja 1989 anjuran PPJ pusat dan PPJ Pontian. Tahun 1986, dua buah puisinya dimuatkan dalam antologi puisi bersama penulis-penulis PPJ yang diusahakan oleh PPJ Kota Tinggi berjudul 'IQRAK'. Antologi puisi bersama stensilan tahun 1989 diusahakan oleh Grup Seni Lekir (GSL) Sitiawan, Perak yang berjudul 'Bicara Ombak' namun sehingga kini antologi itu tidak muncul. Antologi puisi mini NAMAZ ZH 1988 yang berjudul 'Penyair', antologi puisi bersama PPJ 'Paradoks Merah' (1990) dan antologi puisi PPJ 'Bunga Liar'. Media yang telah menampung karya penulis: Radio Malaysia - Johor/Melaka/Rangkaian Nasional, Utusan Melayu/Zaman, Utusan/Mingguan Malaysia, Berita Harian, Berita Minggu, Bacaria, Mingguan Famili, Pentas Dunia, Watan, Suara Belia, Mingguan Ekspres, Mingguan Kota, Harian Metro, Mingguan Wanita, Warisan Nasional, Ibu, Dewan Pelajar, Akhbar TRAS Pembangunan, Buletin Utama, Eksklusif dan ERA BARU.

Program Arab-Jawi Amali Utusan Melayu

Akhbar Era Baru

Akhbar Bacaria

Akhbar TRAS Pembangunan

Akhbar Utusan Malaysia

Akhbar Jawi Utusan Zaman

Akhbar Watan

Antologi Puisi PPJ 1986

Mingguan Famili

Harian Metro

Antologi Puisi Mini Namaz ZH 1988

Antologi Puisi PPJ 1990

Putaran Masa Dan Kehidupan

SEBARANG KOMEN DAN IDEA

 SILA E-MEL KEPADA :

Rumah Desa Di Kampung Parit Kassan

Bandar Maharani

<BGSound src="seruling.mid" Loop="infinite">

ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA! TERIMA KASIH KERANA ANDA SUDI MENGUNJUNGI LAMAN BELAJAR JOWO KAMBEK WAK JAMAN

Di Atas Adalah Gambar Rumahku

Alon-alon Angger Kelakon

Lihat Dan Isi Buku Tetamu Wak JamanSudikan Mencoret Sesuatu Sebagai Kenangan


[Tulis Buku Tamu]-[Baca Buku Tamu]

Guest Book by



view my guestbook sign my guestbook