Make your own free website on Tripod.com

     

  

MUAR: Seorang ibu tunggal beranak empat, Hamidah Maroah, 37, hilang selepas keluar meninggalkan rumah kakaknya di Parit Kassan, Bukit Gambir di sini, sejak 30 Ogos lalu.

Dia dikatakan tinggal bersama keluarga kakaknya, Halijah di kampung itu selepas bercerai dengan suaminya, seorang bekas anggota tentera tahun lalu.

Halijah berkata, pasangan berkenaan dikurniakan empat anak dan sebelum ini mereka pernah menetap di Melaka.

Katanya, selepas berpisah dengan suaminya, adiknya Hamidah seolah-olah kebingungan kerana semua anak mereka dipelihara oleh bekas suaminya yang kini menetap di Kuala Kangsar, Perak.

Beliau berkata, adiknya itu menjadi semakin bingung apabila dia tidak dibenarkan berjumpa anak-anaknya ketika cuba untuk bertemu mereka di rumah keluarga bekas suaminya di Perak.

"Sebelum ini adik saya itu menghidap gangguan mental dan diceraikan oleh suaminya atas alasan penyakit berkenaan yang dikatakan sering mengganggu kehidupan mereka sekeluarga.

"Bagaimanapun akibat peceraian itu penyakit dihidapi Hamidah semakin teruk, dia selalu keluar meninggalkan rumah," katanya di sini, kelmarin.

Halijah berkata, Hamidah sejak Ogos lalu tinggal bersama keluarganya di Parit Kassan, tetapi menghilangkan diri selepas meninggalkan rumahnya pada pagi 30 Ogos lalu.

Selepas tidak pulang selama tiga hari, Halijah membuat laporan polis di Balai Polis Bukit Gambir pada jam 10 pagi 2 September bagi mendapatkan bantuan pihak berkuasa dan orang ramai bagi membantu usaha mencari Hamidah.

Sesiapa yang mengetahui dan mengenali Hamidah berpandukan gambar yang disiarkan, boleh menghubungi Halijah melalui talian 06-9767037 atau adiknya (Painah) 06-9763913.

HAMIDAH MAROAH

HAMIDAH...gangguan mental

"Ketika Hamidah meninggalkan rumah, saya dan suami keluar bekerja dan tidak dapat memastikan warna pakaian yang dipakainya," katanya.

KERATAN AKHBAR HARIAN METRO

Jumaat, 7 November, 2003 9:28 PM

©adisabarimankreatif2003